Selasa, 10 November 2009

biarkan hati ini berahsia
relakan hati ini berdusta
lepaskan saja ia sembunyi
kerna aku tak mahu berpura
dalam kebohongan cinta
apa guna
kalau kebenarannya
tetap mengaburi realiti
biarkan ia berfantasi
dalam tarian mimpi
biarkan ia menyanyi angan
dalam kabut cinta yang bertali
esok masih ada
biar ia saja tentukan
samaada biarkan atau hentikan
lakonan dunia ini

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama